Keberkesanan vaksin terhadap Delta semakin lemah

LONDON, 19 OGOS – Kajian kesihatan awam Britain mendapati perlindungan vaksin COVID-19 yang biasa digunakan terhadap varian Delta didakwa menjadi semakin lemah dalam tempoh tiga bulan.

Kajian juga mendapati mereka yang dijangkiti selepas menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca dikatakan mungkin berisiko lebih tinggi untuk menjangkiti orang lain berbanding varian sebelumnya.

Berdasarkan lebih tiga juta calitan hidung dan tekak yang diambil di seluruh Britain, Universiti Oxford mendapati keberkesanan dalam mencegah jangkitan masing-masing merosot menjadi 75 peratus dan 61 peratus selepas 90 hari suntikan kedua vaksin Pfizer atau AstraZeneca.

Keberkesanan itu dikatakan menurun masing-masing daripada 85 peratus dan 68 peratus yang dilihat selepas dua minggu suntikan dos kedua.

Kemerosotan keberkesanan lebih ketara bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas.

Salah seorang penduduk di Ramallah menunggu untuk mendapatkan vaksin. Kajian mendapati perlindungan vaksin COVID-19 yang biasa digunakan terhadap varian Delta didakwa menjadi semakin lemah dalam tempoh tiga bulan. – AFP

Keberkesanan itu dikatakan menurun masing-masing daripada 85 peratus dan 68 peratus yang dilihat selepas dua minggu suntikan dos kedua.

Kemerosotan keberkesanan lebih ketara bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas.

“Kedua-dua vaksin ini pada tahap dua dos masih berfungsi dengan baik terhadap Delta,” kata Profesor Statistik Perubatan Oxford yang juga ketua penyelidik kajian itu, Sarah Walker. Penyelidik tidak dapat menentukan tahap keberkesanan vaksin itu menurun selari dengan tempoh masa.

Kajian itu menunjukkan mereka yang dijangkiti walaupun sudah menerima vaksin lengkap, cenderung mempunyai viral load (kuantiti virus) sama dengan individu dijangkiti dan tidak mempunyai sejarah vaksinasi, yang menunjukkan kemerosotan jelas berbanding ketika varian Alpha masih dominan di Britain.

Dapatan Oxford sejajar dengan analisis oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS). – AFP