Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kebijaksanaan individu patuhi norma baharu

    Oleh Phanindra Ivatury
    (Juruacara kuiz India Phanindra Ivatury, yang kini menetap di Utrecht di Belanda, berkongsi pendapat berkaitan perselisihan global mengenai varian Omicron)

    UTRECHT, BELANDA – Kehadiran varian Omicron bagi virus SARS-CoV-2 kini dirasai di seluruh dunia, dengan mutasi terbaharu dan lebih berbahaya daripada sub-varian BA.2 yang melanda bahagian Eropah dan Asia.

    Sementara itu, beberapa negara (kecuali benua Afrika) kini dalam fasa ‘booster’ dengan vaksin penggalak diberikan kepada rakyatnya, sesetengah negara pula telah mengetatkan ‘keperluan vaksin’ dan peraturan mengenai vaksin tambahan itu.

    Meskipun dilengkapi dengan perlindungan dos penggalak dan peraturan selain perjalanan hidup yang santai, umat manusia kini perlu memikirkan pilihan dan gaya hidup zaman COVID yang rumit.

    Mereka perlu fikirkan sama ada perlu menaiki kapal terbang atau tidak, makan di rumah, pergi membeli-belah di pusat membeli-belah yang sesak, menonton filem di teater atau membenarkan kanak-kanak kembali ke sesi persekolahan secara fizikal dengan kapasiti penuh antara beberapa penilaian harian yang perlu dibuat.

    Satu halangan sebelum mereka memasuki ‘fasa mengabaikan’ rasa khuatir dan membuat pilihan mudah adalah ketakutan dibayangi varian virus yang sangat mudah merebak merata-rata dan malangnya tiada tanda-tanda akan surut pada masa ini.

    Phanindra Ivatury menyatakan bahawa meskipun keadaan kini mengecewakan, ‘kesabaran’ masih menjadi ‘kunci’ utama dalam tempoh Omicron. – Agensi

    Perdebatan semakin hangat, sama ada simptom berkaitan Omicron adalah ketara atau tidak, andaian masyarakat umum telah menjadi faktor penentu dalam memutuskan sama ada majoriti tergolong dalam kumpulan yang mengambil risiko ataupun tidak.

    Memetik contoh peribadi, keluarga saya sendiri mengenai musim cuti baru-baru ini, kami sepatutnya pergi ke Amerika Syarikat (AS) dari Belanda untuk sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

    Hanya beberapa jam sebelum waktu berlepas, syarikat penerbangan membatalkan penerbangan kami atas kebimbangan varian Omicron dan isu logistik, serta menawarkan kami tiket perjalanan semula dengan hentian tambahan.

    Adakah berbaloi untuk menikmati penerbangan 10 jam dengan dua hentian tambahan ketika Omicron sedang bermaharajalela?

    Itu antara soalan besar yang kami perlu cari jawapan, dalam masa yang singkat.

    Saya yakin bahawa beribu-ribu pengembara ketika itu terjejas rancangan percutian mereka atau mengambil inisiatif berani meneruskan rancangan perjalanan semula mereka.

    Sementara itu, kerajaan sedang mengimbangi antara nasihat pakar perubatan mengenai wabak dan sentimen awam tentang kebebasan berbanding ketakutan.

    Selalunya pilihan yang perlu dibuat ketika tempoh berisiko ini diserahkan kepada kebijaksanaan orang ramai.

    Sebagai contoh, seseorang tidak boleh sesuka hati makan di luar restoran tertutup (seperti pada zaman pra-COVID) hanya kerana kerajaan telah membuka semula sektor hospitaliti.
    Aspek penting lain mengenai Omicron adalah dasar kerajaan setiap negara berbeza meskipun mereka memerangi virus dan varian yang sama.

    Meskipun boleh diterima alasan setiap kerajaan merumuskan peraturan pandemiknya sendiri berdasarkan impak di negara masing-masing, untuk golongan pengembara yang kerap atau bagi orang yang perlu membahagikan masa mereka antara dua negara, semuanya mengenai penyesuaian semula atau kadangkala berdepan keadaan buruk.

    Sebagai contoh, jika anda telah mengambil dos pertama vaksin Pfizer di AS dan kemudian berpindah ke India, anda tidak boleh menerima dos penggalak Covishield atau Covaxin di sana, kerana dasar vaksin campuran dan padan tidak digalakkan di India.

    Satu lagi kes klasik yang hiba mengenai vaksinasi baru-baru ini antara pemain tenis Novak Djokovic dan kerajaan Australia berhubung penyertaannya dalam kejohanan tenis Terbuka Australia Grand Slam-2022.

    Mengetepikan merit atau kekurangannya, status Djokovic yang tidak divaksin, mungkin beliau diterima untuk menyertai Grand Slam lain atau mana-mana kejohanan di negara lain berdasarkan peraturan dan kelonggaran COVID yang berkaitan dengan negara itu, tetapi keadaan itu tidak berlaku di Australia.

    Terdapat juga beberapa negara yang memberi nasihat berjaga-jaga sebelum keluar rumah, seperti contoh melakukan ujian kendiri COVID-19, tetapi tiada paksaan atau pihak berkuasa memeriksanya.

    Ia terpulang kepada kesedaran dan kebijaksanaan individu untuk mematuhi norma masyarakat kini.

    Sehingga tibanya waktu dunia dapat mengekang virus itu, jika tidak menghapuskannya dalam masa terdekat, warga global kini mempunyai peranan penting untuk dimainkan, beberapa pilihan perlu dibuat dan setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap ahli keluarga masing-masing.

    Meskipun keadaan kini mengecewakan, ‘kesabaran’ masih menjadi ‘kunci’ utama dalam tempoh Omicron kini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...