Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebimbangan keselamatan negara punca rombakan menyeluruh – Saied

    TUNIS, 26 OGOS – Presiden Tunisia, Kais Saied berkata kebimbangan ‘keselamatan negara’ merupakan punca rombakan kabinet yang menyeluruh menjelang pilihan raya 6 Oktober.

    Saied, yang dipilih secara demokrasi pada 2019 tetapi mengatur rampasan kuasa pada 2021, melantik 19 anggota kabinet baharu kelmarin hampir keseluruhan kerajaan serta menggantikan menteri luar dan menteri pertahanannya.

    Dalam ucapan malam kelmarin, beliau berkata keputusan itu dibuat atas sebab ‘kekurangan kesepaduan’ dalam kerajaannya dan ‘rasa tidak bertanggungjawab’ beberapa menteri yang sepatutnya ditugaskan untuk ‘membantu, bukannya membuat keputusan di luar apa yang ditentukan’ oleh presiden.

    Rombakan itu, katanya, mengutamakan ‘keselamatan negara’.

    Saied menambah bahawa terdapat ‘konflik antara mereka yang bekerja di bawah perlembagaan baharu’ yang didorong oleh presiden selepas pengambilalihan kuasanya dan mereka yang bekerja ‘untuk sistem yang korup, yang pelakunya berharap untuk kembali ke masa lalu’, ketika Tunisia berada di bawah pemerintahan diktator.

    Presiden berusia 66 tahun itu mencari penggal kedua, sebagai sebahagian daripada apa yang beliau panggil ‘perang pembebasan dan penentuan nasib sendiri’ yang bertujuan untuk ‘menubuhkan sebuah republik baharu’. – AFP

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda