Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Kebocoran ammonia, puluhan jatuh sakit

    BELGRADE, SERBIA, 13 JAN – Kebocoran ammonia di sebuah bandar di luar ibu kota Serbia telah menyebabkan puluhan orang jatuh sakit dan memaksa penghuni rumah berhampiran dipindahkan, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

    Kebocoran tersebut merupakan insiden kedua yang berlaku dalam masa kurang sebulan, yang terjadi kelmarin di kompleks kilang di Pancevo, sebuah bandar perindustrian di timur laut Belgrade, menurut satu kenyataan daripada pejabat pendakwa raya tempatan. Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

    Media Serbia melaporkan tangki yang bocor telah diletakkan di landasan dalam kompleks perindustrian. Kawasan tersebut telah ditutup kelmarin.

    Ammonia ialah gas mudah terbakar dan toksik yang berbahaya kepada manusia jika dihidu.

    Bulan lalu, kereta api pengangkut barang yang sedang membawa ammonia telah terkeluar dari landasan di selatan Serbia, mengeluarkan gas ke udara.

    Dua orang telah meninggal dunia dan insiden tersebut telah menimbulkan kebimbangan orang awam mengenai kaedah bahan-bahan berbahaya diangkut dan disimpan.

    Puluhan orang mendapatkan rawatan kecemasan selepas kebocoran pada Khamis lalu di Pancevo, menurut kenyataan pendakwa raya. Mereka telah dibenarkan pulang dan berada dalam keadaan baik, menurut kenyataan itu. – AP

    Media Serbia melaporkan tangki yang bocor telah diletakkan di landasan dalam kompleks perindustrian. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...