Kebocoran karbon monoksida, lima warga emas maut

ROM, 17 JAN – Kebocoran karbon monoksida menyebabkan kematian lima penghuni rumah penjagaan orang tua di ibu negara Itali di sini hari ini.

Menurut pihak polis, lima lagi penghuni rumah terbabit berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital berdekatan manakala dua penjaga dipindahkan ke hospital di Rome.

Penjaga syif pagi di rumah jagaan orang tua itu, yang terletak kira-kira 30 kilometer di selatan Rom, telah mengeluarkan amaran selepas menemui 12 orang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Unit Krisis Anti-Covid di wilayah Lazio, kesemua mangsa menunjukkan simptom mengalami keracunan karbon monoksida.

Kenyataan sama turut mengesahkan sembilan penghuni rumah terbabit selain tiga penjaga didapati positif COVID-19 minggu ini.

Kesemua mereka dijadualkan untuk dipindahkan ke lokasi lain bagi menerima rawatan susulan pagi tadi. – AFP