Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Kebocoran saluran paip dorong harga minyak melonjak

    ANKARA, 9 DIS – Harga minyak meningkat pada hari ini berikutan laporan kebocoran saluran paip yang menyalur minyak mentah dari Kanada ke Amerika Syarikat (AS), menjejaskan hampir 600,000 tong minyak sehari, lapor Anadolu.

    Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent diniagakan pada AS$76.66 setong pada 9:59 pagi waktu tempatan, naik 0.67 peratus daripada harga penutupan AS$76.15 setong pada sesi dagangan sebelumnya.

    Pada masa yang sama, penanda aras Amerika West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$72.02 setong, menokok 0.78 peratus berbanding AS$71.46 setong pada penutupan sebelumnya.

    Dalam sesi dagangan sebelumnya, kedua-dua penanda aras itu merosot ke paras terendah sejak Disember 2021, dengan Brent jatuh kepada AS$75.74 setong berikutan kebimbangan mengenai kenaikan kadar Rizab Persekutuan yang lebih tinggi minggu depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...