Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kebocoran saluran paip perbuatan sabotaj

    STOCKHOLM, 29 SEPT – Kebocoran keempat dikesan dalam saluran paip gas bawah laut yang menghubungkan Rusia ke Eropah, kata Pengawal Pantai Sweden semalam, selepas letupan dilaporkan awal minggu ini yang disyaki NATO sebagai perbuatan sabotaj.

    “Terdapat dua kebocoran di bahagian Sweden dan dua kebocoran di bahagian Denmark,” kata seorang pegawai Pengawal Pantai Sweden, selepas tiga kebocoran disahkan awal minggu ini pada saluran paip Nord Stream di Laut Baltik.

    Menurut pegawai itu, dua kebocoran di bahagian Sweden – satu di Nord Stream 1 dan yang lebih kecil di Nord Stream 2 – adalah kira-kira satu batu nautika antara satu sama lain.

    Sementara saluran paip itu, dikendalikan syarikat gergasi gas Rusia Gazprom, tidak beroperasi sekarang, namun ia masih mengandungi gas.

    Kebocoran besar telah menyebabkan kepulan gas dalam air, yang menggelegak dengan ketara di permukaan laut beberapa ratus meter lebar, menjadikannya mustahil untuk memeriksa struktur dengan segera.

    Rusia menafikan ia bertanggung jawab di sebalik letupan itu – begitu juga Amerika Syarikat (AS), berkata cadangan Moscow ia akan merosakkan saluran paip adalah ‘tidak masuk akal’.

    “Majlis Keselamatan PBB akan bermesyuarat Jumaat ini untuk membincangkan perkara itu.

    Saluran paip Nord Stream 1 dan 2, yang menghubungkan Rusia ke Jerman, telah menjadi pusat ketegangan geopolitik sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila Rusia memotong bekalan gas ke Eropah yang disyaki sebagai tindakan balas terhadap sekatan Barat berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine. – AFP

    Gangguan besar kelihatan di laut di luar pantai pulau Belanda Bornholm pada 27 September selepas beberapa siri kebocoran luar biasa di dua saluran paip gas yang menghubungkan Rusia ke Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...