Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Kebuasan’ Sanchez julang Inter Milan

    MILAN, 13 JAN – Alexis Sanchez berkata dia merasa seperti ‘singa dalam sangkar’ yang dilepaskan untuk serangan saat-saat akhir, mencengkam Piala Super Itali untuk Inter Milan kelmarin dengan kemenangan 2-1 dalam masa tambahan untuk menewaskan Juventus.

    Dengan sepakan penalti menghampiri San Siro, Sanchez menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-121 dalam perlawanan itu, menghadiahkan Simone Inzaghi trofi pertamanya sejak tiba di Inter untuk menggantikan Antonio Conte pada musim panas.

    Pemain penyerang Chile, Sanchez, yang beraksi hanya empat perlawanan musim ini, meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan ketika dia berlari ke tepi padang.

    Jaringan gol itu hadir selepas penalti Lautaro Martinez pada separuh masa pertama menyamakan kedudukan pembukaan Weston McKennie untuk Juve.

    “Begitulah pemain hebat, lebih banyak kami bermain, perasaan menjadi lebih baik,” kata Sanchez kepada Mediaset. “Saya merasakan seperti seekor singa dalam sangkar, jika mereka benarkan saya bermain, saya akan mempamerkan kebuasan.”

    Kemenangan itu meneruskan prestasi cemerlang Inter, dengan lapan kemenangan daripada lapan perlawanan terakhir mereka di Serie A, mendahului satu mata daripada pencabar, AC Milan.

    Sementara itu bagi Juve, ia merupakan satu kekecewaan dalam musim ini, selepas kempen mereka kelihatan seperti dalam landasan tepat beberapa bulan kebelakangan ini, meskipun menyaksikan pembukaan perlawanan yang tidak konsisten. – AFP

    Reaksi Joaquin Correa (tengah) dan pemain Inter Milan meraikan trofi kemenangan selepas memenangi perlawanan Piala Super Itali antara Inter dan Juventus, 12 Januari di stadium San Siro, Milan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...