Kecacatan fizikal bukan penghalang untuk berniaga

LANZHOU – Shi Zaohua, seorang pengguna kerusi roda berusia 29 tahun, telah mendapat begitu banyak pengikut sehingga 200,000 orang peminat sejak menemui bidang beliau di dalam penstriman langsung e-dagang.

Satu daripada jumlah penstriman langsung yang semakin meningkat, Shi kini benar-benar sibuk oleh acara membeli-belah dalam talian tahunan terbesar China, yang dikenali sebagai Singles’ Day atau Double Eleven, yang jatuh pada Rabu.

Pada awal pagi lagi, beliau bersiap untuk acara itu dan menuju ke pejabatnya di kota Longnan, satu daripada kawasan yang paling kurang dibangunkan di barat laut Wilayah Gansu di China. Di kedai maya beliau, beliau menjual makanan istimewa tempatan dari lada Sichuan kepada bahan perubatan tradisional Cina kepada pelanggan di seluruh negara itu.

Shi terpaksa menggunakan kerusi roda berikutan satu kemalangan kereta pada tahun 2013. Sebelum menemui penstriman langsung, beliau lazimnya menghabiskan hari-harinya di dalam rumah tanpa mempunyai peluang untuk bekerja.

Namun satu peluang telah tampil pada tahun berikutnya ketika anak kelahiran Longnan Du Guiying kembali ke kampung halamannya, mewujudkan sebuah koperasi petani dengan galakan kerajaan tempatan untuk mempromosikan e-dagang sebagai satu kaedah untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar.

Du telah mengundang Shi, yang boleh bertutur Bahasa Mandarin standard tanpa mempunyai loghat kedaerahan, untuk bantu menguruskan kedai dalam talian beliau dan menasihatinya untuk mencuba e-dagang secara penstriman langsung. – Bernama

Shi Zaohua mendapat begitu banyak pengikut sehingga 200,000 orang peminat sejak menemui bidang beliau di dalam penstriman langsung e-dagang. – Bernama