Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kecairan glasier Swiss cecah rekod

    GENEVA, 28 SEPT – Glasier Switzerland kehilangan enam peratus isipadu penuhnya tahun ini akibat musim dingin yang kering dan gelombang haba musim panas berulang, memecahkan rekod kecairan ais terdahulu, menurut satu laporan hari ini.

    Kajian yang dijalankan Suruhanjaya Cryospheric (CC) Akademi Sains Swiss mendedahkan skala drastik kecairan glasier, yang dijangka akan bertambah buruk.

    “Tahun 2022 adalah tahun yang teruk untuk glasier Swiss: kesemua rekod kecairan ais telah dipecahkan,” kata CC, menambah kehilangan dua peratus dalam 12 bulan sebelumnya telah dianggap ‘ekstrem.’

    Tiga kilometer padu ais – tiga trilion liter air – telah cair, menurut laporan.

    “Adalah mustahil untuk memperlahankan kecairan dalam jangka pendek,” kata pakar glasier, Matthias Huss, ketua Rangkaian Pemantauan Glasier di Switzerland, yang mendokumenkan perubahan glasier jangka panjang di Alp dan diselaraskan oleh CC.

    Jika pelepasan karbon dioksida dikurangkan dan iklim dilindungi, ‘ia mungkin menyelamatkan kira-kira satu pertiga daripada jumlah isi padu di Switzerland dalam kes senario terbaik,” beritahunya kepada AFP.

    Jika tidak, negara itu ‘akan kehilangan hampir segala-galanya pada akhir abad ini dan menjangka glasier akan lenyap’ dalam masa 50 tahun,’ tambahnya. – AFP

    Pakar glasier dan Ketua Rangkaian Pemantauan Glasier di Switzerland (GLAMOS), Matthias Huss semasa mengunjungi glasier Gries untuk memeriksa alat pengukur kadar kecairan glasier. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...