Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

Kecederaan buku lali halang Rudisha bertanding

NAIROBI, 29 MEI – Juara Olimpik dua kali dan pemegang rekod 800m dunia David Rudisha akan disingkirkan selama 16 minggu selepas mengalami patah kaki pergelangan.

Rudisha, 31 tahun, mengalami buku lali kiri tergeliat di kampung halamannya di Kilgoris, barat Kenya pada 19 Mei, dan doktor berkata pemeriksaan yang lebih lanjut mendedahkan keretakan.

“Kami berjaya menjalankan pembedahan hari ini dan atlet berkenaan akan menghabiskan malam untuk pengawasan lanjut esok,” beritahu Victor Bargoria, pakar bedah ortopedik, kepada AFP, menambah ia akan mengambil masa 16 minggu sebelum Rudisha boleh memulakan latihan semula.

Rudisha, yang memenangi Olimpik London 2012 dalam masa rekod dunia 1:40.91, akan kembali selepas kecederaan lutut yang berulang menghalangnya daripada bertanding dalam kejohanan dunia Doha pada September lalu. – AFP

Gambar fail menunjukkan David Rudisha semasa acara final 800 meter lelaki Grand Prix Olahraga Hungary – Gyulai Istvan Memorial di pusat Szekesfehercar, Hungary. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -