Kecederaan paksa Kyrgios, de Minaur undur Piala Davis Australia

SYDNEY, 28 FEB – Nick Kyrgios dan Alex de Minaur yang tercedera telah diketepikan daripada menyertai pusingan kelayakan Piala Davis Australia menentang Brazil. Ini memberi sedikit masalah buat ketua pasukan, Lleyton Hewitt untuk membawa mereka ke final Madrid.

Kyrgios yang mengalami kecederaan pergelangan kaki telah dipaksa untuk menarik diri dari perlawanan pusingan pembukaan di Acapulco, minggu ini, dan ini merupakan kecederaan pertama beliau sejak Terbuka Australia Januari lalu.

Manakala De Minaur terus bergelut dengan masalah abdomen koyak di mana beliau mendapat kecederaan tersebut pembukaan musim piala ATP.

Walaupun nama kedua-dua pemain telah disenaraikan minggu ini, mereka tetap tidak akan bermain. Alex Bolt dan John Peers telah dipanggil untuk menggantikan mereka.

“Apabila kami membuat pengumuman pada awal minggu lalu, kami berharap mereka berdua akan cergas untuk bermain,” kata Hewitt.

“Seperti yang kita lihat di Acapulco, kecederaan abdomen Alex bertambah teruk dan Nick mengadu mengenai pergelangan kakinya. Mereka perlukan rehat dan fokus pada pemulihan. – AFP

Gambar fail pemain tenis Australia, Nick Kyrgios meninggalkan gelanggang di Terbuka Mexico. Beliau dan de Minaur terpaksa menarik diri dari Piala Davis Australia disebabkan kecederaan. – AP