Kecederaan semasa Tahun Baru menurun kerana ‘amaran Duterte’

MANILA 1 Jan – Ketakutan bahawa Presiden Filipina Rodridgo Duterte akan dengan kasar menghukum mereka yang meraikan Tahun Baru dengan bunga api telah membawa kepada pengurangan ‘luar biasa’ kecederaan, menurut menteri kesihatan hari ini.

Filipina bersuka ria dengan keterlaluan dalam pesta liar setiap tahun menyambut kedatangan tahun baru yang mengakibatkan beratus-ratus orang cedera parah apabila orang ramai membakar mercun dan melepaskan tembakan senjata ke udara dalam kebisingan perayaan semalaman.

Namun Setiausaha Kesihatan, Paulyn Ubial berkata, kecederaan ketika pesta tahun ini adalah paling rendah dalam tempoh 10 tahun selepas Duterte berkata beliau bercadang mengulangi tegahan bunga api yang telah beliau laksanakan apabila beliau menjadi datuk bandar Davao, bandar selatan kelahiran beliau.

“Orang ramai kini takut membakar bunga api kerana presiden,” ujar Ubial. “Mereka beranggapan mereka akan ditangkap atau mereka akan dihukum.”

Ubial berkata, 350 orang tercedera akibat mercun dan bunga api tahun ini, berbanding 1,000 dalam purata 10 tahun.

Duterte, 71 tahun menerima kritikan sejagat termasuklah dari AS dan PBB kerana memerangi dadah yang telah membunuh lebih 5,000 orang.

Duterte telah memenangi pilihan raya tahun lalu dalam kemenangan besar dengan janji menghapuskan narkotik dengan membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah. – AFP