Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecekalan seorang ayah

    KEJAYAAN anak-anak yang membesar dengan baik merupakan impian dan matlamat hidup bagi setiap insan yang bergelar ibu dan bapa. Begitulah juga yang dirasakan bagi seorang ayah, Haji Taha bin Panglima Diraja Dato Paduka Haji Mohiddin yang mempunyai 13 orang anak, 46 cucu dan 10 orang piut.

    Kegembiaan beliau jelas kelihatan apabila anak-anak beliau merayakan hari ulang tahunnya pada setiap tahun. Pada 3 Disember lalu, acara sambutan ulangtahun beliau yang ke-86 tahun telah diadakan di Hotel Jeruton, Jerudong.

    Dengan bertemakan ‘Merah Panglima’ bagi mengenang kembali Allahyarham bapa beliau yang mengenakan pakaian rasmi berwarna merah sebagai Panglima telah memeriahkan lagi acara tersebut dan jelas menampakkan kesepakatan dalam setiap kekeluargaan.

    Acara sambutan ulangtahun Haji Taha yang ke-86 tahun yang diadakan di Hotel Jeruton, Jerudong pada 3 Disember yang lalu.
    Acara sambutan ulangtahun Haji Taha yang ke-86 tahun yang diadakan di Hotel Jeruton, Jerudong pada 3 Disember yang lalu.
    Gambar ramai keluarga Haji Taha bin Panglima Diraja Dato Paduka Haji Mohiddin.
    Gambar ramai keluarga Haji Taha bin Panglima Diraja Dato Paduka Haji Mohiddin.

    Mengimbas kembali sedikit sejarah Haji Taha, beliau merupakan seorang nelayan yang menetap di Kampong Ayer pada dulunya, dan sekarang menetap di Perumahan Lambak Kiri, kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Beliau adalah seorang Tukang Kayu di Jabatan Kerajaan dengan pengalamannya seorang nelayan.

    Dari hasil usaha beliau yang mengamalkan sikap menabung, beliau telah berjaya membawa hampir kesemua anaknya menunaikan haji dan umrah.

    Haji Taha juga telah mengamalkan sikap pemikiran dan prinsip hidup ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ ‘ Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat’ ‘ Maufakat membawa berkat’ ‘ Ingatkan Allah hidupkan selamat’, yang mana telah membawa keseluruhan keluarga beliau sentiasa bersatu hati dari pelbagai sudut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda