Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kecekalan usahawan wanita

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN – Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2022, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menganjurkan sesi Bual Bicara Ketiga bagi Program Santai-santai Berkongsi bertajuk Girl Boss: My Definition of Success yang diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom, baru-baru ini.

    Lebih daripada 80 orang yang terdiri daripada pegawi-pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penuntut-penuntut institut pengajian tinggi dan orang awam menghadiri sesi berkenaan.

    Pada program sesi ketiga berkenaan, ia telah dikendalikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Khidmat Masyarakat dan Kebajikan Pelajar (ECSW), Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD) 20/21, Dayang Siti Nurun Nazihah binti Haji Jafri selaku moderator dan ahli panel jemputan ialah pemilik Syarikat Mumtaz Collections, Dayang Syedah Siti Sarah binti Haji Syed Anayatullah Shah.

    Dalam sesi tersebut, ahli panel telah mengongsikan pengalaman, kejayaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi sebagai seorang wanita yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan terutamanya semasa pandemik. Ahli panel juga mengongsikan tip untuk mempersiapkan wanita untuk cekal menghadapi kesukaran dengan tujuan untuk memberikan sumber inspirasi dan motivasi kepada wanita dalam semua peringkat umur.

    Program tersebut merupakan salah satu aktiviti bulanan JAPEM yang dikendalikan oleh Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak dengan menjemput wakil-wakil daripada rakan-rakan strategik JAPEM, NGO dan organisasi-organisasi yang berkenaan dengan objektif untuk mengongsikan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan.

    Antara para pegawai kerajaan, NGO, penuntut-penuntut dan orang awam menghadiri sesi berkenaan yang diadakan secara maya. – Gambar serahan KKBS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...