Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecewa dengan ‘syarikat penghantaran kapal’

    Keluarga saya telah menyimpan memori indah selama dua dua tahun di Negara Brunei Darussalam.

    Anak lelaki saya, yang berumur tiga hingga lima tahun, telah menerima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB). Suami dan saya sendiri telah berjaya menjadi guru dan jurulatih untuk Kementerian Pendidikan (MOE).

    Kami tidak akan melupakan masa yang indah di negara ini. Namun kali ini saya ingin mengutarakan rasa kecewa terhadap sebuah syarikat di Brunei di mana keluarga saya telah berurusan sebelum meninggalkan negara ini.

    Sebuah syarikat perkapalan menjanjikan keluarga saya bahawa barang-barang kami akan dihantar ke rumah kami di Kanada dalam tarikh tertentu pada akhir bulan Ogos. Sudah tentu, kami mempunyai kesemua dokumen yang diperlukan bagi memenuhi tuntutan malah kami telah membayar bagi memastikan barang-barang kami sampai sebelum memulakan pekerjaan baharu di Kanada.

    Justeru, kami memutuskan untuk membayar sejumlah wang untuk menghantar barangan kami. Kami tidak mempunyai banyak barangan yang bernilai dalam penghantaran itu. Apa yang kami buat ialah album foto anak lelaki saya, buku kenangan ketika dia baharu dilahirkan, hadiah yang diberikan kepada kami daripada rakan-rakan dari Brunei dan negara lain yang pernah kami tinggal.

    Saya rasa kami perlu menyimpan kesemua memori itu apatah lagi sebagai pekerja antarabangsa dan ia mempunyai banyak nilai sentimental khususnya kepada keluarga saya. Seorang lelaki telah datang ke rumah dan menganggarkan kos dan kami bersetuju untuk membawa barangan tersebut dengan cepat.

    Bayangkan perasaan terkejut kami apabila mengetahui barang tersebut tidak sampai di akhir bulan Ogos sebagaimana yang telah dipersetujui.

    Kami terkejut dan merasa kecewa apabila kesemua e-mel, teks WhatsApp dan pertanyaan yang dibuat ke pejabatnya sendiri oleh rakan kami di Brunei tidak dijawab.

    Saya memutuskan untuk mengirim e-mel terakhir kepada pemilik syarikat tersebut bagi memberitahunya bahawa saya berhasrat untuk menulis kepada akhbar tempatan bagi memberi amaran kepada keluarga lain di Brunei.

    Saya tidak mahu mereka berdepan risiko kehilangan barangan berharga keluarga mereka.

    Namun akhirnya dia menulis kepada kami seminggu yang lalu (semasa menulis surat ini). Ia merupakan tiga bulan selepas penghantaran kami sepatutnya sampai di St.John’s, Newfoundland, Kanada.

    Dalam e-mel tersebut, dia berkata bahawa penghantaran kami telah dihantar ke pelabuhan yang salah.

    Dia berkata untuk membaca lampiran (tidak ada dalam e-mel) dan memberitahu bagaimana untuk meneruskan penghantaran. Saya menulis semula dan memintanya untuk menjelaskan dengan lebih terprinci namun itu merupakan perkara terakhir saya dengar mengenainya.

    Saya mempunyai rakan lain yang turut mengalami situasi sama akibat menggunakan syarikat itu.

    Saya berharap aduan ini dapat membantu sesetengah pekerja asing di Brunei. Walaupun berdepan pengalaman negatif ini, kami akan sentiasa mengingati Brunei sebagai sebuah negara yang indah dan akan terus kekal dalam hati kami buat selama-lamanya. – Keluarga Thwaites

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda