Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kecewa Penang FC gagal manfaatkan aksi

    GEORGE TOWN, 9 MAC – Ketua jurulatih Penang FC Tomas Trucha kecewa pasukannya gagal mengutip tiga mata ketika beraksi di laman sendiri menentang Melaka United malam tadi.

    Trucha berkata sasaran pertama skuad Harimau Kumbang itu adalah untuk menang di laman sendiri terutama apabila Penang FC berjaya menguasai perlawanan pada babak pertama.

    “Sejujurnya, saya tidak gembira dengan satu mata malam tadi…sudah pasti kita perlu menang apabila beraksi di tempat sendiri tetapi ia tidak menjadi dan kami melakukan kesalahan untuk membolehkan pihak lawan berada di depan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini.

    Beliau berkata anak buahnya berjaya bermain mengikut perancangan pada separuh masa pertama tetapi tidak meneruskan momentum itu pada babak kedua apabila menentang pasukan pelawat.

    “Perancangan kami adalah untuk mengawal permainan, mengekalkan penguasaan bola, bersabar, cipta peluang tetapi ia hanya terjadi pada separuh masa pertama…masa seterusnya pemain dilihat tidak cukup berani, tenang dan agresif,” katanya.

    Trucha berkata pertukaran pemain pada separuh masa kedua juga tidak membantu memberi lebih tenaga dan kreativiti di bahagian tengah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...