Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Kecoh Lisa berlari dalam mall di Thailand

    Kecoh di media sosial apabila kelibat anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa dilihat berada di sebuah pusat membeli belah di Thailand baru-baru ini.

    Namun apa yang lebih menjadi perhatian apabila penyanyi terkenal dengan lagu Lalisa itu dilihat berlari bersama sepupunya di dalam pusat beli-belah berkenaan.

    Menerusi video yang tular di media sosial, Lisa mengenakan seluar jean bersama kemeja T berwarna berlari sambil memegang tangan sepupunya ke sebuah kedai pakaian.

    Difahamkan Lisa tertinggal beg tangannya di kedai pakaian yang dikunjungi mereka.

    Dia bagaimanapun bernasib baik apabila kakitangan tersebut menyimpan barangnya dengan selamat.

    Dalam video yang lain, Lisa kelihatan lega dan mengucapkan terima kasih kepada staf tersebut.

    Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet menganggap Lisa telah biasa berjalan bersama pengawal peribadi yang akan menjaga barang-barangnya, kongsi mStar.

    “Dia lupa pengurus dengan pengawal dia tak ikut sekali balik Thailand.

    “Nasib baik tertinggal dalam kedai, kalau dekat tempat umum tentu dah hilang,” antara komen warganet. – Agensi

    Lisa bersyukur beg tangannya dalam keadaan selamat. – Wallpapersafari
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...