Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kecomelan panda kembar tawan pengunjung zoo

    TOKYO, 12 JAN – Panda kembar membuat kemunculan awam pertama hari ini, mencuri perhatian peminat dan pengunjung zoo di Tokyo, namun hanya ditunjukkan dalam tempoh singkat buat masa ini – dalam masa tiga hari sahaja – disebabkan peningkatan dalam kes COVID-19 yang dipacu oleh varian Omicron di Jepun.

    Panda kembar, jantan dinamakan Xiao Xiao dan betina, Lei Lei yang dilahirkan di Zoo Ueno, Tokyo pada Jun, membuat kemunculan pertama ketika peminat yang kegembiraan merakamkan gambar-gambar haiwan itu melalui telefon pintar mereka, merakamkan pasangan panda kembar itu yang berpelukan dan bermain bersama.

    Dalam video dikeluarkan oleh zoo itu hari ini, panda kembar itu duduk membelakang satu sama lain sambil bermain pucuk buluh, manakala suara latar daripada pengunjung kedengaran mengungkapkan ‘kawaii (comel). Kemudian, panda jantan memijak adiknya untuk bergerak memanjat pokok.

    “Saya amat teruja apabila pertama kali melihat kedua-duanya,” kata Kirie Tanaka, seorang peminat tegar panda yang berasal dari bandar barat, Osaka, Jepun hari ini.

    Panda kembar dalam saiz sekecil tapak tangan dan berwarna kemerah-merahan semasa dilahirkan, kini sudah sama berat dengan kanak-kanak dan mempunyai bulu berwarna hitam dan putih. Ia gembira memanjat pokok dan bermain bersama di dataran kayu, menurut zoo itu.

    Gambar serahan oleh Persatuan Taman Zoologi Tokyo memaparkan panda kembar Xiao Xiao dan Lei Lei (bawah) bermain di Zoo Ueno di Tokyo dalam kemunculan pertama awam kedua-duanya, 12 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...