Friday, December 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedai bebas cukai mohon maaf insiden diskriminasi

    LONDON, 14 Feb – Sebuah syarikat bebas cukai yang memiliki kedai di Lapangan Terbang Hearthrow memohon maaf pada Isnin selepas pelanggan Cina mendakwa ia mengamalkan diskriminasi dalam pelaksanaan program baucer VIPnya.

    “Sebagai sebuah syarikat global, kami komited melayan semua pelanggan kami dengan penuh hormat dan dengan cara yang konsisten serta adil. Kami ingin menzahirkan permohonan maaf kami yang tulus ikhlas kepada pelanggan yang kami hargai,” kata World Duty Free dalam satu kenyataan seperti yang dipetik oleh agensi berita China Xinhua.

    Pengguna media sosial Cina mendakwa pelanggan Cina perlu membelanjakan lebih 1,000 pound sebelum layak mendapat baucer diskaun di cawangan World Duty Free sedangkan pelanggan dari negara lain hanya perlu membelanjakan 79 pound untuk menerima baucer diskaun 20 peratus itu. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda