Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Mobile World Enterprise dan City Mobile membuka satu lagi lembaran baru dalam sejarah perniagaan mereka apabila membuka sebuah kedai yang menawarkan jualan peranti dan gajet IT yang berkualiti semuanya di bawah satu bumbung.
Pengurus Mobile World, Ng Han Khoon memaklumkan bahawa majlis perasmian kedai Mobile World akan diadakan pada 29 Julai 2017 ini dan orang ramai dialu-alukan hadir ke majlis pembukaan berkenaan pada pukul 9 pagi.
Semasa majlis perasmian itu, Mobile World akan memberikan promosi diskaun setiap pembelian produk mereka seperti Joyroom/Remax dan aksesori telefon bimbit malah setiap pembelian fon kepala, pelanggan akan mendapat satu lagi fon kepala kecil secara percuma.
Kedai seluas lebih 5,000 kaki persegi di Sublot 21, Kampung Pengkalan Gadong, Jalan Gadong itu terletak di tepi Lebuh Raya Gadong menjadikan akses ke kedai sangat mudah.
Kedai berkenaan akan dibuka setiap hari, bermula 10 pagi sehingga jam 10 malam kecuali hari Jumaat ditutup sementara bagi memberi laluan sembahyang Fardu Jumaat.

