Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedai gunting rambut di Mesir tampil unik

    KAHERAH – Melihat api membakar di atas kepala pelanggan bukan satu suasana yang biasa dilihat bagi mana-mana kedai gunting rambut di dunia ini, tetapi kini ia telah menjadi satu pemandangan biasa dan menarik di kedai gunting ‘Last Haircut’ di kawasan kejiranan di wilayah Giza, Mesir berhampiran ibu negara Kaherah.

    Kedai gunting rambut mini Hairstylist Hamada Ramadan’s di kawasan kejiranan Kafr Tohormos sering dipenuhi dengan pelanggan, kebanyakannya adalah golongan remaja dan kanak-kanak, yang datang untuk mendapatkan gaya potongan rambut mereka dengan menggunakan bola api, satu teknik terbaru yang digunakan oleh lelaki muda untuk menarik perhatian pelanggan dan juga mengembangkan kerjayanya.

    Di sebelah kiri pintu kedai itu, satu skrin televisyen sedang memainkan klip video yang memaparkan fesyen-fesyen rambut Ramadan yang digayakan pada rambut pelanggan yang kelihatan berapi. Dengan adanya paparan iklan tersebut, ianya dapat meyakinkan pelanggan barunya yang mungkin merasa takut untuk mencuba cara pemotongan rambut yang pelik dan tidak konvensional ini.

    “Saya telah belajar mengenainya melalui video dalam talian tetapi saya menambahnya sedikit mengikut cara saya sendiri. Ianya semakin popular terutamanya dalam kalangan remaja.

    “Kebanyakan daripada mereka yang pertama kali mencubanya pasti akan kembali semula dengan membawa rakan-rakan mereka,” kata tukang gunting khas yang dikenali oleh rakan dan pelanggannya sebagai ‘H’.

    Pemotongan rambut dengan api membakar di atas kepada adalah satu pemandangan biasa dan menarik di kedai gunting ‘Last Haircut’ di kawasan kejiranan di wilayah Giza, Mesir berhampiran ibu negara Kaherah.
    H menambah bahawa meluruskan rambut dengan menggunakan api panas adalah lebih sihat dan lebih tahan lama daripada pengering rambut, dengan menyatakan rambut panjang yang diluruskan dengan api boleh bertahan sehingga enam bulan, manakala rambut pendek boleh bertahan sehingga tiga bulan.

    H menambah bahawa meluruskan rambut dengan menggunakan api panas adalah lebih sihat dan lebih tahan lama berbanding pengering rambut, dan menyatakan bahawa rambut panjang yang diliuruskan dengan api boleh bertahan sehingga enam bulan, manakala rambut pendek boleh bertahan sehingga tiga bulan.

    “Meluruskan dan menggayakan rambut menggunakan api juga sangat berpatutan daripada menggunakan protein dan kreatina yang mana lebih mahal, dan ia juga merupakan antara sebab kenapa pelanggan menyukai teknik terbaru ini,” kata penggaya rambut tersebut memberitahu Xinhua.

    Ahmed Hassan, seorang pelajar berusia 17 tahun, adalah pelanggan lama H dan dia telah membawa tiga kawan bersamanya untuk mencuba cara pemotongan rambut pelik ini.

    “Apabila H menunjukkan kepada saya beberapa video dan memberitahu saya mengenai cara terbaru ini, saya sangat berminat untuk mencubanya. Gaya rambut saya adalah kerinting sebelum ianya diluruskan dengan api seperti ini,” kata Hassan.

    Mohamed Sayyid, 14, seorang pelajar sekolah, kelihatan berminat dan keberatan pada masa yang sama sementara menunggu gilirannya untuk mencuba cara pemotongan rambut itu buat kali pertama.

    “Ia membuatkan saya sedikit gugup untuk memikirkan rambut saya diluruskan dengan api, tetapi saya ingin mencubanya kerana ia adalah satu idea baru, dan jika saya menyukainya, saya pasti akan melakukannya lagi dan lagi,” kata budak lelaki itu kepada Xinhua.

    H, dibantu oleh abangnya Medhat, bukan sahaja menggunakan api membakar itu untuk meluruskan dan menggayakan rambut, malah ia juga digunakan untuk pemotongan rambut dan rawatan muka ‘face masking’. Jiran-jirannya memuji kreativiti dan kesediaan H untuk mengembangkan pekerjaannya itu sendiri dan mencipta sesuatu yang baru untuk menjadi popular dan menarik lebih ramai pelanggan.

    Ramai lelaki Mesir pada umumnya lebih suka memotong rambut mereka pada hari-hari cuti perayaan seperti Hari Raya Aidil Adha dan Hari Raya Aidilfitri. Ini menyebabkan kedai H penuh dan ramai daripada hari biasa.

    “Hamada H adalah seorang lelaki muda yang sangat rajin berusaha untuk mencipta sesuatu yang baru, dan tampil berbeza dari kedai-kedai gunting yang lainnya. Dia belajar mengenai gaya rambut baru dan kini dia sudah mengembangkan gaya rambut api ini, yang mana sangat positif dan bijak,” kata Mohsen Hussein, 52, pemilik kedai runcit kecil di kawasan berdekatan.

    Ramai lelaki Mesir pada umumnya lebih suka memotong rambut mereka pada hari-hari cuti perayaan seperti Hari Raya Aidil Adha dan Hari Raya Aidilfitri. Ini menyebabkan kedai H penuh dan ramai daripada hari biasa.

    “Saya tidak merasa khuatir apabila cucu lelaki saya berusia 13 tahun meminta izin kepada saya untuk pergi ke Hamada, untuk memotong rambutnya dengan api. Saya biarkan dia pergi dan saya pasti dia akan menikmatinya,” kata Umm Khaled, seorang wanita berusia 50-an yang memiliki sebuah kedai sayuran bertentangan dengan kedai Last Haircut.

    Tanpa diduga, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, Abdel-Rahman, tidak merasa takut apabila melihat api di tangan tukang gunting itu untuk digunakan di atas kepalanya.

    “Saya nampak kanak-kanak lain mencubanya, jadi saya pun mahu mencubanya dan saya menyukainya,” kata budak itu memberitahu Xinhua.

    Walaupun H bukanlah seorang pencipta teknik terbaru ini yang mana pernah muncul di Pakistan, India dan Tebing Gaza Palestin, kedai gunting rambutnya, Last Haircut, kini telah menjadi popular sehingga ada pelangganya berasal dari wilayah Matrouh, kira-kira 430 kilometer jauhnya, hanya untuk memotong gaya rambut dengan menggunakan api ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda