Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kedai Jepun tersalah jual pastri plastik

    TOKYO, 26 OKT – Sampel makanan plastik Jepun merupakan industri berjuta-juta dolar, tetapi tart telur tiruan di sebuah kedai pastri yang menyerupai tart sebenar menyebabkan kakitangannya secara tidak sengaja telah menjual lima potong kuih itu kepada pelanggan.

    Sampel makanan plastik dikenali sebagai ‘shokuhin sampuru’, dihasilkan dengan terperinci seteliti mungkin sehingga kelihatan benar-benar realistik.

    Pastri plastik di Andrew’s Egg Tart yang berpangkalan di Osaka begitu meyakinkan sehinggakan kakitangan pun tidak dapat membezakannya dan tanpa disedari menjual lima daripadanya pada hari Sabtu kepada dua pelanggan yang tidak menyedarinya di gerai dekat stesen di Tottori di barat Jepun.

    “Kami sangat kesal kerana kami tersilap menjual sampel itu,” kata wakil syarikat kepada AFP hari ini.

    Seorang kerani menyedari kesilapan itu sejurus selepas jualan dan pelanggan bernasib baik memulangkan tart palsu ke gerai berkenaan sebelum membuat gigitan pertama yang mungkin menyakitkan.

    Pelekat kini akan digunakan untuk membezakan kuih sebenar daripada pencuci mulut plastik untuk mengelakkan bencana kastard pada masa hadapan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...