Kedai-kedai sementara berleluasa di kawasan perumahan

Saya tertekan melihat kedai-kedai sementara tumbuh bak cendawan di setiap jalan dan sudut kawasan perumahan.

Berdasarkan pemahaman saya, perniagaan mesti mendapat perse-tujuan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa sebelum mereka dapat mendirikan kedai.

Tetapi nampaknya sekarang anda boleh memulakan perniagaan di mana-mana sahaja dan bila sahaja anda inginkan.

Sesuatu yang tidak masuk akal apabila ayah saya menerima surat amaran kerana meninggalkan kayu dan zink yang pecah di garaj kami. Namun ada orang yang nampaknya dapat melepaskan diri dengan perniagaan secara haram. Saya harap pihak relevan lebih tegas dalam memastikan kawasan kejiranan kita tidak dibanjiri oleh operasi perniagaan haram.

Law-Abiding Citizen