Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Kedai kopi dan roti antik kekal bertahan

    KUALA KANGSAR – Sebuah kedai kopi dan roti antik berusia lebih 80 tahun masih kekal utuh di sini walaupun dihujani kedai ‘hipster’ yang tumbuh bak cendawan selain menjadi tumpuan generasi muda ketika ini.

    Bertapak di pekan Bandar Diraja, kedai ini tetap menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara atas kesegaran rotinya yang diadun sendiri dan keenakan kopi yang ‘kaw’ selain kaya dengan seni bina lama yang masih kekal cantik sehingga kini.

    Pengurus restoran tersebut (Restoran Double Lion) Leong Tean Chia, 60, berkata kedai itu masih utuh kerana dibina dengan bahan pembuatan yang berkualiti sewaktu zaman tersebut termasuklah pemilihan perabot yang tahan lama dan mudah untuk dijaga.

    “Kini, kita boleh lihat terlalu banyak kafe-kafe hipster yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan berkonsepkan retro, urban dan sebagainya, semakin menjadi tarikan golongan muda.

    “Di kedai kami, antara tarikannya adalah kewujudan perabot bercirikan hiasan klasik yang memerlukan pemuliharaan agar tidak musnah lebih-lebih lagi jika reput akibat anai-anai dan turut disajikan lagu-lagu lama klasik,” katanya kepada Bernama.

    Ah Ling menyediakan roti bakar yang disapukan marjerin dan kaya. – Bernama
    Roti ban kukus serta marjerin dan kaya serta minuman yang menjadi keistimewaan di Restoran Double Lion, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. – Bernama

    Menurut Tean Chia paling istimewa, kedai yang diuruskan oleh tiga generasi itu masih relevan hingga ke hari ini disebabkan kualiti pembuatan roti yang dijaga dari dulu hingga kini mengikut resipi turun-temurun.

    “Dalam pembikinan roti, kami akan mengadunnya sendiri dan mempunyai resipi khas yang diwarisi dari zaman atok lagi.

    “Kami akan sentiasa menjaga kesegaran dan kualiti roti di kedai kami agar pengunjung yang hadir akan berpuas hati dengan makanan di sini. Antara menu yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai adalah roti ban bakar dan roti ban kukus yang akan disapukan marjerin dan kaya,” tambahnya.

    Beliau percaya kesemua itu antara faktor kedainya masih relevan dan meniti di bibir pengunjung daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan istana, orang kenamaan selain masyarakat setempat. 

    “Antara yang hadir ke sini adalah kerabat Sultan pada zaman 80an termasuk juga golongan elit dan orang kenamaan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar. Tidak terkecuali kehadiran tentera Australia dan British sebelum perang dunia kedua.

    “Zaman dahulu, sesebuah majlis kebiasaannya akan disambut di kedai makan jadi kedai ini sentiasa menjadi tempat keramaian bagi menyambut majlis seperti perkahwinan atau hari lahir,” katanya.

    Pembantu kedai Ah Ling, 55, berkata dia amat seronok bekerja di kedai tersebut walaupun khidmatnya belum mencecah lima tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...