Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kedai permaidani latih kanak-kanak semasa cuti musim panas

    KAHERAH – Terletak kira-kira 20 kilometer dari kompleks piramid Giza, perkampungan Saqqara yang menjadi tarikan pelancong, terkenal dengan tikar dan permaidani buatan tangan unik yang mewakili kraf tangan khas penduduk tempatan selama beberapa dekad.

    “Semua permaidani di sini adalah buatan tangan. Kami telah meningkatkan populariti permaidani Mesir dan kini ia bersaing dengan permaidani Iran dan Turki,” kata Khaled Mekkawy, pengurus sebuah sekolah permaidani di Saqqara.

    Kedai permaidani di Saqqara dirujuk sebagai ‘sekolah’ kerana ia menyediakan latihan dan pekerjaan untuk kanak-kanak semasa cuti musim panas serta untuk suri rumah menggunakan masa lapang mereka dalam kraf tradisional yang berguna dan menguntungkan.

    ‘Sekolah permaidani’ biasa di kampung itu dibahagikan kepada dua bahagian, satu untuk menganyam permaidani pada alat tenun dan satu lagi untuk mempamerkan produk pelbagai saiz, warna dan reka bentuk.

    Permaidani yang dipamerkan dan dewangga telah menutupi semua dinding dan tiang di dalam stor, termasuk karya simetri, yang mempunyai lukisan dan reka bentuk padang rumput dan pemandangan, dan lain-lain dengan imej firaun seperti topeng emas Raja Tutankhamun, patung Ratu Nefertiti, dan banyak lagi.

    mengusahakannya, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. – Xinhua
    Seorang lelaki melukis corak permaidani di bengkel tenunan di kampung Saqqara di Giza, Mesir. – Xinhua

    Seorang lelaki menyediakan benang untuk menenun permaidani. – Xinhua

    Mekkawy menekankan pelanggan, sama ada warga Mesir atau asing, melawat bengkel tenunan terlebih dahulu dan kemudian meneroka bahagian pameran untuk memilih tikar atau permaidani yang mereka suka, sambil menyatakan sekolah permaidaninya, ditubuhkan pada 1976 adalah salah satu yang tertua di Mesir.

    “Sebuah permaidani mungkin bertahan selama 400 atau 500 tahun, atau lebih lama lagi. Itulah sebabnya Muzium Kesenian Islam di Kaherah mempunyai permaidani sejak zaman pemerintahan Mamluk Mesir lebih 700 tahun lalu,” kata pengurus sekolah permaidani itu kepada Xinhua.

    Di bengkel sekolah, beberapa alat tenun mendatar dan menegak dipasang dengan penenun mengusahakannya, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

    Hamada Ibrahim, 40, sibuk mengajar sekumpulan wanita, kanak-kanak perempuan dan lelaki cara melukis gambar mudah dengan benang bulu atau sutera pada alat tenun menegak.

    “Kami mengajar kanak-kanak melakukan sesuatu yang berguna semasa cuti musim panas. Kami juga menghantar alat tenun kepada beberapa wanita yang sudah berkahwin yang ingin bekerja dari rumah dan meningkatkan pendapatan mereka untuk membantu menyara keluarga mereka,” jelas Ibrahim, yang pernah menjadi penenun permaidani selama 30 tahun.

    Pelatihnya termasuk anak lelakinya Mahmoud yang berusia 12 tahun, yang gemar menenun pada cuti musim panasnya. Budak lelaki itu menganyam laju di atas alat tenun menegak untuk mengerjakan permaidani bercorak topeng emas ikonik Raja Tut.

    Sementara itu, di bahagian bertentangan bengkel, sekumpulan wanita muda juga sedang mengerjakan permaidani menggunakan alat tenun menegak.

    Fatma Ahmed, 29, membuat dewangga dengan lukisan pokok dan burung hinggap di dahannya. Dia berkata dia bekerja di sekolah permaidani itu sebelum dia berkahwin lagi, dan dia kembali ke sekolah itu selepas beberapa tahun sebagai suri rumah.

    “Saya seronok bekerja di sini bersama rakan sekerja saya dan kami berpuas hati dengan kerja kami. Ia juga membantu dari segi kewangan,” kata Fatma kepada Xinhua di hadapan mesin tenunnya.

    Di sebuah lagi sekolah permaidani berdekatan, Mokhtar el-Badrashiny, seorang penyelia dan timbalan pengurus, berkata mereka mempunyai banyak pelanggan asing yang baik, dengan menyatakan kebanyakan pelanggan a- sing datang dari Amerika Syarikat dan Amerika Latin, selain itu beberapa dari Itali.

    “Sebelum COVID, kami mempunyai ramai pelanggan China. Kami berharap wabak itu akan berakhir tidak lama lagi dan kami dapat melihat lagi lebih ramai pengunjung dari China dan negara lain,” kata penyelia kedai permaidani itu kepada Xinhua.

    Sekumpulan pelancong Brazil sedang melawat bahagian pameran kedai itu selepas melihat proses menganyam di bengkel di tingkat bawah.

    “Saya kagum melihat kanak-kanak belajar menganyam permaidani dan mencipta karya cantik daripada benang,” kata Eline Gomes Viegas, sambil menyatakan ia adalah kali pertama dia melawat Mesir.

    “Kampung ini dikelilingi tapak arkeologi dan permaidani buatan tangan tradisional menjadikannya lebih unik,” kata wanita Brazil itu.

    Sementara itu, sepasang suami isteri Amerika sedang memilih permaidani bersaiz kecil sebagai cenderahati dari Mesir.

    Brad Wicks, seorang pesara telekomunikasi dari California, menyifatkan Saqqara sebagai ‘menakjubkan’ dan ‘tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi’.

    “Saya rasa kualiti permaidani itu amat luar biasa,” kata pelancong Amerika itu kepada Xinhua. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...