Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kedai pertama Klear dirasmikan

    Oleh Syahmi Hassan & Izah Azahari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Jenama peralatan rumah tempatan Brunei, Klear, membuka kedai jenama pertamanya di negara ini yang bertempat di Rimba Point dan Pusat Beli-belah Aman Hills pada hari ini.

    Majlis perasmian kedai jenama Klear Rimba Point yang diadakan pukul 10 pagi tadi telah dirasmikan oleh Ketua Jualan dan Hasil Klear, Kevin Tay, manakala kedai jenama Klear Aman Hill telah dirasmikan petang tadi oleh Pengarah Pemasaran Klear, Hui Ting Wong.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Klear Rimba Point, Nur Mazira Nasirah binti Najirahmat dan Pengurus Klear Aman Hills, Adlin Rasidah binti Abi Hurairah.

    Klear ialah jenama perkakas rumah tempatan yang memfokuskan untuk menyenangkan kehidupan orang ramai dengan produk inovatif yang menambah kecekapan, memberi lebih banyak penyelesaian berdaya cipta kepada pelanggan yang membantu mereka membersihkan rumah dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang yang melebihi jangkaan.

    Menurut Hui Ting Wong, keputusan untuk membuka Klear diambil selepas menceburi industri untuk seketika di mana syarikat merancang keluar dari pasaran Brunei dengan beberapa produk mereka sendiri selain Cuckoo, tetapi mengikut model perniagaan yang sama di mana mereka boleh membawa masuk produk yang mampu dibeli serta memenuhi pasaran Brunei.

    Kevin Tay memotong reben bagi merasmikan kedai pertama Klear berkenaan. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    Salah sebuah produk yang diketengahkan semasa acara tersebut. – Gambar oleh Adib Noor

    “Misalnya, selepas kami meninjau keadaan air di Brunei, kami mencari model Titan terutamanya, penulen air luar rumah dan produk yang lebih stabil dan tahan berdasarkan keadaan air di sini,” kata beliau.

    Selain itu, beliau mengongsikan, mereka juga memutuskan untuk membawa masuk jenama lain seperti pencuci lantai Hizero, yang merupakan pembersih lantai bionik semua dalam satu pertama di dunia dengan fungsi menyapu, menggelap dan mengeringkan menggunakan teknologi Hizero UltimateClean, sekali gus memastikan pembersihan lantai lebih mudah di rumah.

    Bersama produk ini, Hui Ting Wong berkata Klear juga telah memperkenalkan model perkhidmatan lepas jualan kepada Hizero, menjadikan Klear syarikat pertama di dunia untuk membekalkan perkhidmatan waranti lepas jualan paling lama.

    “Ketika mereka menyediakan pelan sewa-untuk-dimiliki, kami mahu melanjutkan waranti sehingga tiga tahun kepada pelanggan,” tambahnya.

    “Kami juga merancang untuk membuka enam kedai di seluruh negara pada masa akan datang. Kami ingin menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di Brunei.

    “Dengan pembukaan lebih banyak kedai, kami berharap dapat membawa masuk pusat pengalaman memandangkan kami mempunyai banyak produk yang ingin diperkenalkan pada masa depan. Maka kami ingin menubuhkan sebuah kedai utama yang mampu memaparkan serta mencipta pengalaman pelanggan untuk pelanggan,” tambah beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...