Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedai Skechers ke-7 dibuka di Serusop

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – GL Extra Enterprise selaku pengedar kasut jenama Skechers di negara ini, telah membuka cawangan ketujuh Kedai Skechers yang terletak di Bangunan Teguh Raya Serusop, Berakas.

    Perasmian cawangan baru itu telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan Skechers Brunei, Ice Tang.

    Dalam ucapannya di majlis perasmian itu, hari ini, beliau menjelaskan bahawa pembukaan cawangan berkenaan memberi peluang kepada penduduk di kawasan Serusop, Berakas dan persekitarannya untuk mendapatkan kasut pilihan mereka dengan lebih mudah lagi.

    Menurutnya lagi, untuk mempelbagaikan pilihan kasut, cawangan berkenaan memperkenalkan model kasut kanak-kanak terbaru setelah menampilkan kasut untuk kanak-kanak yang dinamakan Games Shoe beberapa bulan yang lalu.

    Bermula hari ini, pelanggan yang membeli kasut Skechers berjumlah $50 ke atas di Cawangan Serusop akan diberikan baucar bernilai $5 dan sebiji botol minuman Skechers secara percuma. Baucar dan botol minuman berkenaan hanya terdapat di Cawangan Serusop sahaja.

    Kedai Skechers Cawangan Serusop dibuka rasmi semalam.
    Kedai Skechers Cawangan Serusop dibuka rasmi semalam.
    Skechers menampilkan model kasut Games Shoe khas untuk kanak-kanak.
    Skechers menampilkan model kasut Games Shoe khas untuk kanak-kanak.

    Peminat kasut Skechers dan orang ramai yang membeli produk berkenaan berpeluang mendapatkan promosi istimewa tersebut sehingga 21 Mei 2017 dan promosi selanjutnya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan kemudian.

    Menurut Ice Tang, Skechers bukanlah jenama yang asing lagi dalam kalangan para penggemar sukan. Jenama antarabangsa yang berasal dari Amerika berkenaan telah berpuluh-puluh tahun membawakan koleksi kasut sukan yang berkualiti kepada para penggemar.

    Kini jenama Skechers turut menawarkan koleksi kasut formal dan kasut kasual dalam pilihan rekaan yang menarik.

    Sempena pembukaan cawangan baru itu, GL Extra Enterprise memperkenalkan kasut terbaru Skechers GoTrail yang memang layak untuk digunakan bagi mereka yang menggemari sukan lasak di dalam hutan dan mendaki bukit.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda