Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    ‘Kedaulatan Ukraine mesti dihormati’

    SEOUL, 22 FEB – Presiden Korea Selatan, Moon Jae In hari ini berkata kedaulatan Ukraine mesti dihormati dan Korea Selatan akan menyertai usaha untuk penyelesaian krisis secara aman, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Moon membuat kenyataan itu semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan penempatan tentera ke dua wilayah yang baharu diiktiraf kemerdekaan mereka.

    “Kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine mesti dihormati,” katanya.

    “Negara di seluruh dunia mesti bersatu dan berusaha untuk penyelesaian segera dan aman berhubung situasi di Ukraine. Sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab Korea Selatan turut sama secara aktif dalam usaha itu,” katanya.

    Moon turut mengarahkan para pegawai bersedia secara menyeluruh untuk melindungi warga Korea Selatan di Ukraine dan merangka langkah-langkah perlu untuk meminimumkan kesan krisis itu terhadap ekonomi Korea Selatan.

    Sehingga Ahad, 64 warga Korea Selatan kekal di Ukraine, dan kementerian luar Seoul telah bersedia dengan rancangan pemindahan sekiranya berlaku kecemasan.

    Moon dalam satu mesyurat kerajaan pada minggu lalu, berkata kerajaan perlu menyokong pengeksport dan perniagaan Korea Selatan di Ukraine, dan bertindak lebih awal mengenai bekalan dan permintaan dalam sektor tenaga, bahan mentah dan bijirin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...