Oleh Arissa
LIMBANG, 19 Julai – Lebih 20 anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran yang berlaku di sebuah kediaman milik seorang penghulu pada jam 2 petang tadi. Ketika kejadian mangsa Penghulu Ahmad Bini yang juga Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan keluarga mangsa tiada di rumah kerana berada di Miri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata akibat kebakaran itu rumah separuh kekal itu terbakar 80 peratus.
“Kebakaran melibatkan 80 peratus terutama di tingkat atas rumah yang dibina daripada kayu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata seramai 29 anggotanya termasuk PBS Ka-bima bertungkus lumus mema-dam kebakaran sebaik menerima panggilan jam 2:14 petang.
“Tiga jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian yang jauhnya sekitar 54 kilometer dari balai,” katanya.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.