Kedudukan Arsenal tergugat

LONDON, 19 JAN – Harapan tipis Arsenal untuk kedudukan empat teratas Liga Perdana berdepan ancaman sekali lagi apabila jaringan penyamaan John Fleck pada lewat permainan memastikan satu mata berharga buat Sheffield United dalam cita-cita mereka ke Eropah, selepas seri 1-1 di Emirates awal pagi tadi.

Gabriel Martinelli memenuhi ruang ditinggalkan oleh Pierre-Emerick Aubameyang yang digantung perlawanan apabila menjaringkan gol buat Gunners pada babak pertama.

Namun skuad kendalian Mikel Arteta tampak tiada inspirasi pada sebahagian besar perlawanan dan perlu membayar kerana pertahanan buruk mereka apabila Fleck mengatasi Bernd Leno lapan minit sebelum tamat.

Arsenal hanya tewas sekali dalam enam perlawanan sejak Arteta mengambil alih tetapi hanya menang sekali dalam lima perlawanan Liga Perdana untuk kekal 10 mata daripada pasukan tangga keempat di tempat ke-10 liga.

“Saya sangat kecewa,” kata Arteta. “Ia mencicirkan dua mata. – AFP

Aksi Gabriel Martinelli ketika menjaringkan gol buat Arsenal semasa menentang Sheffield United di Stadium Emirates pada 18 Januari. – AP