Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedudukan hakim perlu diperkukuh

    TUARAN, 10 April – Hakim-hakim mahkamah seantero dunia perlu diperkukuh dengan ilmu pengetahuan luas agar dapat membuat keputusan tepat dan adil dalam kes-kes keganasan, kata Penasihat Undang-undang Kedutaan AS Karyn Kenny.

    Wanita itu berkata, selaku penimbang tara muktamad, hakim-hakim boleh menyampaikan isyarat kepada organisasi pengganas bahawa badan kehakiman adalah kukuh, berilmu dan aktif dalam usaha membanteras keganasan.

    “Sama ada hakim Amerika atau hakim Malaysia, badan kehakiman bukan sahaja merupakan bahagian penting daripada undang-undang dunia, tetapi juga daripada perjuangan kita menentang keganasan.

    “Bagi saya, sebagai seorang pendakwa, bila hakim sedar dan maklum mengenai apa yang sedang berlaku, ini akan membawa kepada prosiding yang lebih kukuh dan adil,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Bengkel Pembiayaan Kaunter Terrorisme Kehakiman Malaysia Timur di sini hari ini.

    Pembukaan bengkel itu, anjuran Pejabat Bantuan dan Latihan Pembangunan Pendakwaan Seberang Laut (OPDAT) Jabatan Kehakiman AS, dilakukan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

    Kenny juga berkata agensi penguat kuasa undang-undang hendaklah turut memantau pihak pengawal seperti akauntan, broker insurans dan pengurus wang, yang tahu tentang bagaimana dana digunakan. “Bila tindakan keganasan berlaku, dan bila berlaku pertumpahan darah dan orang menghadapi maut, bila individu berkenaan dihadapkan ke mahkamah, mereka dikenakan hukuman berat seperti 20 atau 30 tahun (penjara) atau kadang kala hukuman mati.

    “Mesej kita ialah pembiayaan tindakan sebegitu membenarkan pertumpahan darah. Jadi bila kita menjatuhkan hukuman dalam kes-kes kewangan untuk melakukan keganasan, mereka (pembiaya keganasan) harus dikenakan jumlah masa yang sama. Seperti seseorang yang menulis cek, anda pula sedia memetik picu. Tidak ada perbezaannya,” kata beliau.

    Pakar Undang-undang Jenayah dan Advokasi Perbicaraan AS John W. Vaudreuil berkata pengganas adalah gerombolan ganas yang tersusun, tetapi mereka boleh dikalahkan jika masyarakat lebih bersatu menentang mereka.

    Sementara itu, Malanjum berkata bengkel itu boleh mencetuskan kesedaran hakim-hakim Malaysia tentang apa yang sedang berlaku di serata dunia dan mereka tidak rasa terasing dengan aktiviti pengubahan wang haram bagi menampung keganasan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda