Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedudukan liga kejutkan Mourinho

    MANCHESTER, 18 Sept – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho (gambar) menegaskan bahawa dia tidak terfikir langsung pasukannya akan terikat dengan Manchester City di persada liga, selepas mereka mencatat kemenangan 4-0 ke atas Everton semalam.

    United mencatatkan jumlah mata dan perbezaan gol yang sama dengan skuad Pep Guardiola selepas jaringan oleh Antonio Valencia, Henrikh Mkhitaryan, Romelu Lukaku dan Anthony Martial memastikan kemenangan ke atas barisan The Toffees.

    “Saya langsung tidak terfikir mengenai Man City,” kata Mourinho.

    “Saya hanya memikirkan mengenai Tottenham, Arsenal, Chelsea dan Liverpool.

    “Mereka tidak menang perlawanan mereka dan ia peluang buat kami untuk meraih dua mata seperti mereka dapat minggu lalu apabila kami seri dengan Stoke City. Saya hanya memikirkan mengenai mereka, bukan City. City menang perlawanan mereka, mereka melaksanakan tugas.

    ” Jelas ini berbeza berbanding musim lalu. Kami bermain lebih bagus dan menjaringkan lebih banyak gol.”

    Mourinho dapat merasakan jurang kemenangan itu, yang dicapai menerusi tiga gol dalam tujuh minit terakhir, tidak menggambarkan dominasi pasukannya.

    “Saya fikir jika keputusannya 2-0 atau 3-0 selepas 30 minit saya akan katakan ia satu permainan bola sepak menakjubkan kami dalam 30-35 minit pertama. Dominasi kukuh menentang pasukan yang bertahan dengan lima atau empat pemain, saya fikir kami beraksi dengan sangat hebat.

    “Kemudian kedudukan 2-0 dan selepas gol ketiga dan keempat hadir ia disebabkan sebuah pasukan bersedih dan sebuah pasukan lagi bergembira. Ia mungkin persembahan terbaik kami musim ini.”

    Mourinho turut menafikan laporan kecederaan dialami pemain tengah Perancis, Paul Pogba ketika menang dalam Liga Juara-Juara ke atas FC Basel akan menyaksikannya diketepikan hingga tiga bulan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda