Kedudukan Malaysia dalam GTCI meningkat

KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Malaysia menduduki tangga ke-26 daripada 88 negara dalam Indeks Daya Saing Bakat Global 2020 (GTCI 2020), meningkat dua tangga dari kedudukan ke-28 tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkata pengiktirafan yang baru diraih Malaysia bagi pembangunan bakat itu telah mendominasi beberapa kategori.

“Malaysia merupakan satu-satunya negara daripada kumpulan negara berpendapatan pertengahan atas yang berada di kuartil teratas laporan itu.

“Malaysia mengatasi negara-negara ekonomi berpendapatan tinggi dalam senarai itu seperti China, Korea Selatan, Sepanyol dan Portugal,” menurut MDEC.

Laporan GTCI 2020 dihasilkan bersama oleh INSEAD University, Google dan Adecco yang mengenal pasti dan mengukur prestasi bakat dunia. – Bernama