Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kedudukan ranking Liek Hou tidak penting – Rashid

    KUALA LUMPUR, 1 MAC – Jaguh badminton para Malaysia Cheah Liek Hou nampaknya perlu melupakan seketika hasrat untuk menjadi pemain nombor satu dunia kategori SU5 (kecacatan fizikal) dalam tempoh terdekat.

    Jurulatihnya Datuk Rashid Sidek, sebaliknya berpendapat misi merampas emas Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China, Oktober ini, dilihat jauh lebih penting bagi pemain nombor dua dunia itu berbanding mengejar kedudukan ranking.

    “Bagi saya kedudukan nombor satu itu tidak penting buat masa ini, paling utama bagi Liek Hou adalah sasaran bawa pulang emas pada Sukan Para Asia di China nanti,” katanya kepada Bernama.

    Berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Liek Hou yang ketika ini mengumpul 48,600 mata, jauh ditinggalkan musuh ketatnya Dheva Anrimusthi apabila pemain Indonesia itu unggul berada di puncak takhta dengan 57,350 mata.

    Liek Hou yang menyumbang dua emas Sukan Para Asia berturut-turut pada edisi di Guangzhou 2010 dan Incheon 2014 hanya sekadar membawa pulang gangsa pada temasya lepas di Jakarta-Palembang 2018.

    Dalam pada itu, Rashid mengingatkan pemain berasal dari Kuala Lumpur yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada 8 Mac ini supaya terus mengekalkan tahap kecergasannya agar tidak mengalami sebarang kecederaan menjelang Sukan Para Asia 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...