WASHINGTON, 15 FEB – Amerika Syarikat (AS) berkata semalam ia sedang memindah kedutaannya di Kyiv ke barat bandar Ukraine Lviv, memetik ‘peningkatan’ dalam penempatan tentera Rusia di sempadan negara itu.
“Kami sedang dalam proses memindah operasi kedutaan kami di Ukraine dari Kyiv ke Lviv disebabkan peningkatan dalam penempatan tentera Rusia,” kata Blinken dalam satu kenyataan.
“Kedutaan kami tetap membabitkan diri dengan kerajaan Ukraine, menyelaras penglibatan diplomatik di Ukraine,” kata beliau. “Kami juga meneruskan usaha diplomatik kami untuk meredakan krisis,” kata beliau.
Blinken menggesa mana-mana rakyat AS yang masih tinggal di Ukraine supaya meninggalkan negara itu dengan serta-merta. – AFP