Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kedutaan Azerbaijan diserang, ragut satu nyawa

    TEHRAN, 27 JAN – Seorang lelaki bersenjata menyerbu kedutaan Azerbaijan di Tehran hari ini, membunuh ketua keselamatan kedutaan itu dalam serangan yang dikatakan bermotifkan peribadi tetapi Baku melabelkannya sebagai tindakan keganasan.

    Kementerian Luar Azerbaijan berkata serangan tembakan yang turut mencederakan dua pengawal keselamatan kedutaan adalah tanggungjawab Iran akibat dari kempen ‘anti-Azerbaijan’ telah tercetus di Iran yang menggalakkan serangan tersebut, kata jurucakap Ayxan Hacizada memberitahu media di negaranya.

    Hacizada kemudiannya memberitahu penyiar negara Turki, TRT Haber bahawa kakitangan kedutaan sedang dipindahkan dari Iran.

    Rakaman video yang tular dari kedutaan, dikongsi secara meluas di media sosial dan diterbitkan oleh media Iran, menunjukkan dua lelaki meletakkan kereta dan memasuki bangunan di timur Tehran, sebelum sebuah kereta yang dipandu laju menghampiri dan merempuh bahagian belakang kenderaan mereka.

    Seorang lelaki yang memegang apa yang kelihatan seperti senapang separa automatik dilihat keluar dari kereta kedua dan memberi isyarat kepada pengawal keselamatan sebelum memaksa masuk ke kedutaan.

    Satu lagi video yang tidak disahkan nampaknya dirakam di dalam kedutaan menunjukkan dua lelaki masuk dan seorang daripada mereka membuka pintu sebagai tindak balas kepada kekecohan di luar, membenarkan seorang lelaki bersenjata meluru masuk ke dalam bangunan dan melepaskan tembakan.

    Seorang lelaki kelihatan terkena peluru di bahagian badan dan rebah di sebalik pintu dalaman manakala penyerang itu ditahan oleh pengawal lain.

    Susulan serangan itu, Kementerian Luar Azerbaijan berkata ketua keselamatan diplomatik itu terbunuh dan dua pengawal cedera tetapi dalam keadaan stabil, sambil menambah bahawa siasatan telah pun dilancarkan. – AFP

    Orang ramai berkumpul di luar Kedutaan Azerbaijan selepas serangan di Tehran, Iran. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...