Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SER BEGAWAN, 9 FEB – Kedutaan Filipina di Brunei Darussalam menganjurkan Pertandingan Boling Persahabatan Kor Diplomatik 2020 di Syarikat Golden Bowling di Airport Mall, Berakas hari ini.
Acara dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Duta Besar Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B Montero, dan ucapan ringkas oleh Dekan Kor Diplomatik, TYT Sheikh Ahmed bin Al-Maskari.
Antara acara utama ialah membaling bola boling daripada ketua misi dan pemimpin pasukan untuk setiap lorong sebelum permulaan permainan.
Pasukan yang terdiri daripada TYT Dr Sujatmiko, Khairul Azam Bani, Daniel R Walker, Lim Poh Kwee dan Abdullah Kosor muncul sebagai pemenang kategori pasukan selepas mereka mengumpulkan sejumlah 1,110 jatuhan pin.
Tempat kedua dimenangi oleh Scott Woodard, Mohammed Al-Masakari, Hsun Hlaing Aye, Deng Zilong dan Ahmad Afif bin Haji Matassim yang mencatatkan sejumlah 1,061 jatuhan pin.
Manakala pasukan yang terdiri daripada Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Nur Maselelana Rahimah binti Pengiran Ibrahim, Cristana Gloria, Laxami Kant Chopra dan Ruel Baretto meraih tempat ketiga dengan 1,049 mata.
Sementara itu dalam kategori individu lelaki, Roslan bin Haji Patra muncul juara selepas mengutip 290 jatuhan pin manakala Raiya Al-Maskari merangkul gelaran individu wanita dengan 241 jatuhan pin.
Naib johan dimenangi oleh Omar bin Haji Abdul Hamid menamatkan saingan dalam kategori lelaki dengan 287 jatuhan pin diikuti Ruel Baretto di tempat ketiga dengan 278 mata.
Dalam kategori wanita, tempat kedua jatuh kepada Faridah Ali dengan 181 mata sementara Hajah Haslina binti Haji Ali Akhbar menduduki tempat ketiga dengan 178 mata.





























