Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Oman sumbang buku

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Kedutaan Oman di Negara Brunei Darussalam, pagi tadi, menyumbangkan pelbagai jenis bahan bacaan ke Sekolah Menengah Awang Semaun (SMAS), Kampung Sungai Kebun.

    Majlis penyerahan yang berlangsung di Bilik Perpustakaan SMAS telah disampaikan oleh Setiausaha Kedua Kedutaan Oman, Salim Masoud Al Rahbi kepada Pengetua SMAS, Dayang Siti Marienah binti Haji Umar.

    Salim Masoud Al Rahbi semasa ditemui menjelaskan bahawa sebanyak 13 buah buku telah disumbangkan yang mana buku-buku tersebut meliputi pelbagai maklumat mengenai Oman yang keseluruhannya berkaitan dengan masyarakat, tempat-tempat di Oman dan sebagainya.

    Beliau berharap dengan sumbangan buku-buku ini akan dapat membantu para pelajar di sekolah ini untuk menimba ilmu pengetahuan mereka mengenai Kesultanan Oman dan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

    Salim Masoud Al Rahbi menyerahkan sumbangan buku kepada Dayang Siti Marienah.
    Salim Masoud Al Rahbi menyerahkan sumbangan buku kepada Dayang Siti Marienah.
    Salim Masoud Al Rahbi bergambar ramai bersama guru-guru SMAS.
    Salim Masoud Al Rahbi bergambar ramai bersama guru-guru SMAS.

    Baru-baru ini Kedutaan Oman telah pun menyumbangkan lebih 700 buah buku dan bahan multimedia yang merangkumi pelbagai aspek mengenai sejarah, ekonomi, budaya, perundangan Islam, seni dan kesusasteraan Oman untuk Sudut Penerbitan Oman yang disediakan di Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Pada tahun lepas pula, Kedutaan Oman juga telah membuka sudut penerbitannya di Perpustakaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan telah menyumbangkan lebih 500 buah buku.

    Sehingga ke hari ini, SMAS sudah pun menerima pelbagai sumbangan buku daripada beberapa kedutaan di negara ini seperti Kedutaan Amerika Syarikat, Kedutaan Singapura, Kedutaan Qatar dan Kedutaan Jerman.

    Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang telah menerima sumbangan buku daripada Kedutaan Oman di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda