Kedutaan Thailand anjur kempen derma darah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Kedutaan Besar Thailand di Brunei Darussalam dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini, telah menganjurkan kempen derma darah bagi menyokong inisiatif Projek Sukarelawan Good Deeds from the Heart yang dianjurkan oleh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.

Kempen di Kedutaan Besar Thailand, di Kampung Kiarong itu juga bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan warga Thailand di sini dan orang ramai, selain meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap tubuh badan dan kesihatan penderma.

Kempen juga diharap menggalakan amalan menderma darah sebagai satu tabiat sepanjang hayat.

Kempen juga akan diteruskan sebagai sebahagian inisiatifnya untuk membantu hospital menambah stok darah untuk kegunaan mereka yang memerlukan.

Duta Besar Thailand ke Brunei Darussalam menyaksikan sebahagian warga Thailand menderma darah dalam kempen tersebut.