Kedutaan tutup di Korea Utara

SEOUL, 9 MAC – Beberapa kedutaan di Korea Utara ditutup hari ini ketika ramai diplomat dipindahkan berikutan berminggu-minggu kuarantin ketat dikenakan oleh Pyongyang berhubung penularan koronavirus novel.

Korea Utara belum lagi mengesahkan sebarang jangkitan namun telah mengenakan sekatan ketat termasuk menutup sempadannya dan meletakkan ribuan rakyatnya dalam isolasi.

Ia juga tertakluk kepada ratusan warga asing – termasuk diplomat – kepada kuarantin di premis mereka sendiri.

Kedutaan Rusia, Alexander Matsegora menggambarkan keadaan itu sebagai ‘perubahan mendadak’. – AFP