AMMAN, 5 Okt – Mahkamah Keselamatan Negeri Jordan kelmarin telah menahan 13 warga Jordan yang terlibat dalam beberapa kes keganasan.
Mereka didakwa memperkenalkan kumpulan Islamic State (IS) dan Al Nusra, peguam bela, Musa Abdullat, dalam kes itu, memberitahu Xinhua. Mereka telah dipenjarakan selama setahun hingga empat tahun selepas disabitkan menggunakan rangkaian Internet dan sosial untuk mempromosikan ideologi kumpulan IS. Terdapat di antara mereka yang didakwa cuba untuk merekrut beberapa orang Jordan di dalam kalangan muda untuk menyertai kumpulan IS. – Xinhua