Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Keganasan bola sepak, 80 ditangkap

    RABAT, 1 JULAI – Polis Maghribi telah menahan lebih 80 orang peminat bola sepak selepas keganasan tercetus berikutan perlawanan kejohanan bola sepak di Casablanca dan Oujda, lapor media tempatan kelmarin.

    Di Casablanca, polis menahan seramai 45 orang pada malam Rabu lalu, termasuk 31 orang kanak-kanak bawah umur kerana disyaki melakukan ‘tindakan keganasan’ dan ‘menyebabkan kerosakan harta awam’, menurut sumber polis yang dipetik oleh media Maghribi.

    Insiden berkenaan berlaku semasa dan selepas perlawanan antara pasukan Raja Casablanca dan pasukan Angkatan Tentera Diraja (FAR), menurut kenyataan yang diberikan sambil menambah empat orang pegawai polis turut cedera akibat dibaling batu serta dua buah kereta mengalami kerosakan.

    Di bandar Oujda di barat, seramai 39 orang penyokong telah ditangkap pada malam Rabu lalu kerana melakukan keganasan, kecurian dan memiliki senjata berbilah di luar perlawanan antara Mouloudia dari Oujda dan Wydad dari Casablanca, menurut laporan media.

    Pertelingkahan tersebut menyaksikan seramai 69 orang anggota polis cedera ringan dan seorang pengawal dimasukkan ke hospital.

    Insiden itu berlaku selepas keganasan bola sepak pada Mac lalu di Rabat dan Agadir tercetus yang menyebabkan lapan orang peminat dijatuhkan hukuman penjara antara empat bulan hingga setahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...