Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Keganasan di Sri Lanka ragut 3 jiwa, 150 cedera

    COLOMBO, 9 MEI – Tiga orang termasuk seorang ahli parlimen maut dengan lebih 150 cedera ketika penyokong kerajaan bersenjatakan kayu dan belantan menyerang para pembantah.

    Ahli perundangan Amarakeerthi Athukorala dari parti pemerintah menembak dua orang – membunuh seorang lelaki berusia 27 tahun – dan kemudian menembak dirinya sendiri selepas dikepung oleh perusuh antikerajaan di luar bandar, kata polis.

    Kejadian berlaku selepas perdana menterinya meletak jawatan dengan Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan.

    Hari ini, puluhan penyokong Rajapaksa menyerang pembantah tidak bersenjata yang berkhemah di luar pejabat presiden di sesiaran Galle Face di perbandaran Colombo sejak 9 April, lapor wartawan AFP.

    Keganasan bermula selepas ribuan penyokong perdana menteri, membawa bas-bas dari kawasan luar bandar, memenuhi kediaman rasmi berdekatan.

    Rajapaksa telah memberi ucapan kepada kira-kira 3,000 penyokong di rumahnya dan menjamin akan ‘melindungi kepentingan negara’.

    Para penyokong kemudian menumbangkan khemah pembantah di hadapan kediaman perdana menteri dan membakar sepanduk antikerajaan.

    Mereka kemudian berarak ke sesiaran berdekatan dan mula memusnahkan khemah lain yang didirikan oleh kempen ‘Gota go home’ yang menuntut presiden untuk meletak jawatan.

    “Kami telah diserang, media diserang, wanita dan kanak-kanak juga diserang,” kata saksi kepada AFP.

    Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara berkenaan.

    Lebih 150 orang yang cedera telah dimasukkan ke hospital, kata jurucakap Hospital Nasional Colombo, Pushpa Soysa kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...