Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Keganasan, ekstremisme perlu diberi perhatian – Idris

    KOTA KINABALU, 27 SEPT – Ancaman keganasan dan ekstremisme perlu diberikan perhatian setara dengan isu-isu lain, bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara anggota Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata peningkatan ancaman keganasan dan ekstremisme semakin membimbangkan dan boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar.

    “Islam mengajar umatnya sentiasa menjaga kerukunan hidup bertunjangkan semangat damai dan sejahtera, oleh itu kerjasama semua negara anggota MABIMS perlu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kertas Tema Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) MABIMS ke-46 di sini hari ini.

    Beliau berkata ekstremisme adalah satu fahaman yang melampaui batas sehingga melebihi had dan ketentuan yang sewajarnya, sama ada dari perspektif peraturan mahupun kemanusiaan.

    Selain itu, Idris berkata SOM MABIMS mampu membentuk kesepakatan negara anggota untuk menjaga maslahat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...