Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keganasan terhadap wanita adalah isu kesihatan

    KUALA LUMPUR, 17 DIS – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan keganasan terhadap wanita sebag ai isu kesihatan, pelanggaran hak asasi wanita, integriti tubuh badan serta hak seksual dan reproduktif.

    Beliau berkata wanita yang didera lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam tingkah laku berisiko tinggi seperti merokok dan penggunaan bahan terlarang berbanding wanita yang tidak didera.

    “Tambahan pula, tekanan kronik yang disebabkan oleh keganasan dikaitkan dengan kadar penyakit kronik yang lebih tinggi (seperti penyakit jantung dan diabetes), gangguan kesihatan mental dan jangkitan untuk wanita yang didera,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucaptama melalui rakaman video pada Forum Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Malaysia tahunan kedua, anjuran Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia hari ini. 

    Sementara itu, Khairy juga berjanji untuk melakukan lebih banyak lagi untuk mewujudkan dasar yang akan memastikan perlindungan dan tumpuan terhadap kesejahteraan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam semua aspek di negara ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda