Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kegiatan judi 4D, lelaki ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Seorang lelaki penduduk tetap berumur 58 tahun diberkas kerana disyaki menjalankan kegiatan mengutip slip taruhan perjudian loteri 4D daripada pembeli-pembeli di kawasan Jalan Raja Sari, Seria, Daerah Belait, hari ini.

    Suspek ditahan oleh keanggotaan detektif, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hasil perkongsian maklumat daripada orang ramai.

    Menurut kenyataan PPDB, beberapa keratan kertas yang tertulis nombor-nombor yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian 4D turut dirampas.

    Suspek berserta kesemua barang bukti dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (C) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28. PPDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas maklumat yang diberikan dan menyarankan orang ramai untuk mengongsikan apa saja maklumat mengenai kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak polis di talian kecemasan 993.

    Slip taruhan perjudian yang ditemui semasa suspek diberkas.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...