Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kegiatan maksiat digempur

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Dua orang wanita warga asing berumur 31 dan 32 tahun telah ditahan kerana melakukan kegiatan tidak bermoral dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, suspek berusia 31 tahun ditahan dalam serbuan yang dijalankan sekitar awal malam tadi dengan menyasarkan sebuah bilik penginapan di kawasan Batu Satu.

    Manakala itu, serbuan kedua menyasarkan sebuah bilik penginapan di kawasan Jalan Batu Bersurat, Kampung Pengkalan Gadong, menahan suspek berumur 32 tahun.

    Pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian turut menemukan barang-barang bukti seperti beberapa telefon bimbit, sejumlah wang tunai, minyak pelincir serta beberapa kepingan kondom yang dipercayai untuk tujuan aktiviti tidak bermoral itu.

    Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi siasatan lanjut.
    Menurut kenyataan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 294A, Kesalahan Menawarkan Khid-mat Seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

    Pihak polis turut menyarankan orang ramai agar sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan menghubungi talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Di samping itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat menerusi e-mel laman sesawang PPDB, www.police.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.

    Antara barang bukti yang ditemui semasa serbuan Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...