Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kegiatan perjudian berjaya ditumpaskan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berjaya menahan tiga individu yang terlibat dengan kegiatan perjudian di sebuah rumah kediaman di Batu Bersurat sekitar jam 9 pagi, pada 24 Mei lalu.

    Serbuan ke atas sarang perjudian tersebut telah dijalankan oleh keanggotaan dari Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, semasa serbuan tersebut beberapa orang suspek lelaki dan wanita dipercayai cuba melarikan diri ketika anggota unit tersebut menyerbu masuk ke dalam rumah berkenaan.

    Kesemua suspek serta barang rampasan telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi menjalani siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.

    Sehubungan itu, PPDB menegaskan bahawa kegiatan judi adalah merupakan racun masyarakat yang perlu dibendung dengan sewajarnya. Implikasi terhadap kegiatan ini akan sahaja merangsang kepada pengaruh yang sangat negatif sehingga boleh merosakkan institusi masa depan diri sendiri mahupun kehidupan berkeluarga.

    Barang digunakan untuk kegiatan perjudian yang dirampas oleh PPDB semasa serbuan di Batu Bersurat, baru-baru ini.
    Antara barang yang telah berjaya dirampas oleh PPDB semasa serbuan tersebut.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...