Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Kegiatan tidak bermoral warga tempatan terbongkar

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Seorang wanita telah diberkas oleh keanggotaan daripada Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kerana dipercayai terlibat menjalankan aktiviti yang tidak bermoral.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, di sini, hari ini, penahanan dibuat dalam serbuan yang dijalankan pada 25 Januari, sekitar waktu petang yang menyasarkan ke salah sebuah rumah tumpangan di kawasan Mulaut, di mana suspek merupakan seorang wanita warganegara tempatan berumur 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti menawarkan khidmat seks.

    Kenyataan menyatakan bahawa pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian juga telah menemukan beberapa barangan bukti seperti telefon bimbit dan wang tunai di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan kegiatan berkenaan.

    Suspek ditahan dan seterusnya menjalani ujian saringan (swab test) COVID-19 sebelum siasatan lanjut dikendalikan. Kes disiasat bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.

    Pihak polis menyarankan kepada orang ramai agar sentiasa bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    ATAS & BAWAH: Barangan bukti yang ditemui semasa pemeriksaan yang dijalankan ke salah sebuah rumah tumpangan di kawasan Mulaut, pada petang kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...